Sunday, 12 March 2017
Resepi Brownies Terlajak Laris KCD
Brownies yang kaya dengan rasa coklat ni memang digemari ramai kerana banyak kandungan coklat didalamnya dan tidak terlalu manis. Sesuai untuk semua peringkat umur..sapa2 pun suka tak kira tua muda.
Brownies ni adalah sejenis kek yang paling mudah nak buat sebab kita tak perlu risau kek bantat ke, kek tak naik ke sebab brownies ni jenis kek yang dense dan tebal serta berat. Tak ringan dan gebu macam kek biasa. Cuma bahan-bahan brownies ni agak mahal sebab kalau nak dapatkan rasa coklat yang sedap tu kena pakai koko atau coklat yang berkualiti. Selain tu kena pakai pure butter dan nak lebih sedap diletak chocolate chips dan kekacang jika suka.
Selain tu, brownies ni tak perlu pakai mixer (mesin pemutar), cukup sekadar pakai senduk kayu. Telur tu tak boleh terlebih pukul nanti brownies naik kebang sangat macam kek dan tak ada la shining crack kat on top of brownies. Brownies yang menjadi dan cantik kena ada shining crack diatasnya ;)
Resepi Brownies ni adalah dari Anna Olson, tapi saya dah ubahsuai sikit bahan-bahan supaya menepati dengan bahan-bahan yang ada di Malaysia. Contoh, kandungan butter dan gula tu saya kurangkan banyak sebab coklat bar yang kita pakai dah ada banyak kandungan lemak dan gula walaupun ianya adalah dark chocolate tetapi masih rasa manis dan lembut serta mudah cair macam coklat biasa... tak macam coklat di luar negara. Kalau luar negara kan dark chocolate mereka lebih pahit , keras dan kurang lemak.
Brownies ni memang tak pakai sebarang agen penaik, seperti baking powder dan baking soda.
Resepi Chocolate BrowniesResepi by Anna Olson HERE
(Untuk ukuran acuan tin 4 segi 8 x 8 inci)
Bahan-bahan :
300gm Dark Chocolate (coklat gelap) - Saya pakai jenama Beryls - Jangan pakai coklat susu sebab manis
100 gm butter - saya pakai jenama Anchor
90 gm gula perang - kalau pakai gula castor, kurangkan sikit menjadi 70gm
3 biji telur size A
1 tsp esen vanilla
125 gm tepung gandum
1/4 cawan chocolate chips
1/4 cawan white chocolate chips (coklat putih)
1/2 tsp garam
Jika suka boleh tambah walnut dan almond cincang kedalam adunan.
Cara-cara :
Panaskan oven suhu 160C
Potong coklat bar dan butter kecil-kecil dan cairkan keduanya sekali dengan kaedah double-boiler sehingga cair sepenuhnya. Angkat dari api.
Masukkan gula, kacau sebati.
Masukkan esen vanilla
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap sebiji masuk, kacau dan kemudian masuk sebiji lagi. Buat sehingga habis. Kacau sekejap je pakai senduk.
Masukkan tepung dan garam. Kacau rata tapi jangan over mix.
Masukkan chocolate chips. Simpan sedikit untuk tabur diatas
Tuang dalam acuan yang digris dan kemudian diletak kertas alas (parchment paper). Kertas alas bagi lebih sikit keatas supaya senang nak tarik brownies dari acuan.
Tabur lebihan chocolate chips diatas. Boleh juga tambah walnut atau almond.
Bakar pada suhu 160C selama 35-40 minit atau sehingga cucuk cake tester keluar bersih. Jangan terlebih masak sebab nanti agak kering dan tak sedap. Kena moist sikit baru sedap
Brownies ni sedap dimakan pada keesokan harinya.
SILA BUAT TEMPAHAN (SEKURANG2NYA) :
Perkahwinan/Pertunangan/Bulk Order : 2 bulan
PICK UP/DELIVERY
PICK UP ADDRESS :
MODE OF PAYMENT
Deposit mesti dibayar.
*Harga Kek RM100 ke bawah : Full Payment (100%) semasa tempahan dibuat.
*Harga RM100 ke atas : at least HALF (50%) Deposit semasa tempahan dibuat.
Tempahan anda hanya akan dimasukkan ke dalam List setelah Deposit dibayar. Hanya tempahan yg ada deposit akan dibuat.
Anda dinasihatkan agar membayar deposit dlm masa 7 hari selepas tempahan. Kerana jadual kekosongan boleh berubah bila-bila masa memandangkan sentiasa ada customer baru yg akan membuat tempahan dalam waktu tersebut.
Setelah transfer/bank in Deposit/Booking, sila beritahu melalui SMS/WHATSAPP (Mieza : 010-4066112).
SMS/WHATSAPP : Nama, Jumlah Deposit, Tarikh & Masa Deposit, Jenis Bank (Transfer Maybank, Transfer Interbank : nyatakan nama bank, Cash Deposit, Saving Giro Credit) Tarikh serta Waktu Ambil dan Jenis Kek/Deco.
CC ke Email : k3kcinta@gmail.com
Transfer/Bank In :
No comments:
Post a Comment